Pages

Saturday 20 April 2013

Walaweh..Sambal Hitam @ Sambal dara !! :)

Sambal Hitam @ Sambal Dara?????.....
Saya mula "jatuh cinta" dengan Sambal hitam atau Sambal dara selepas sepupu yang bekerja di Kuala Lipis Pahang dengan baik hati memberikan sambal ini untuk dicuba... Pertama kali cuba,memang menepati selera..pedas dan mengancam! Kredit buat sepupuku Ajik dan isterinya Ila !:P

Sambal Hitam ini memang tahan lama...berbulan-bulan tahan...Boleh simpan stok untuk bersahur pada bulan Ramadhan..Memang nak buat sambal hitam ini leceh dan mencuri banyak masa kita di dapur,tapi hasilnya berbaloi-baloi..

Haa...jenis saya kalau mencuba masakan dan masakan itu kena dengan selera, tanpa segan silu mesti saya mintak resepi...Nak tambah ilmu di dada..Cewahhh!!:) Saya dah cuba resepi sambal hitam ini..dan hasilnya amat saya berpuas hati...So, saya nak share buat teman teman saya semua resepinya...In shaa Allah, bila saya berkongsi mudah-mudahan makin lama makin banyak resepi-resepi menu lain saya akan tahu :) Jika ada rakan-rakan nak kongsi tips atau petua dalam masakan amatlah saya hargai.." Lain hulu lain parangnya..lain orang lain resepinya "..Tak gitu..

So, tanpa membuang masa saya akan tuliskan bahan-bahan yang diperlukan dalam resepi Sambal Hitam...

Bahan-bahannya :
  • Belimbing buluh
  • Cli api
  • Bawang merah
  • Ikan bilis
  • Garam
  • Gula
  • Sedikit kicap (Guna cap kipas udang )
Belimbing buluh..
Sumber gambar : Pama.Karangkraf

Cara-cara untuk membuat sambal hitam ini pula macam ini ...Ok,ikut "step by step" yea :)..Jangan ingkar arahan ok...
  1. Rebus belimbing buluh dengan sedikit air selama 4-5 jam (guna api kecil je)...Fuhh memang lama...tapi memang itulah syaratnya...pesan saya JANGAN guna periuk yang anda sayang kerana air belimbing tu mempunyai kandungan asid yang terlalu kuat dan boleh menghakis periuk anda..
  2. Semasa merebus buluh,bolehlah tumbuk bawang merah,cili api dan ikan bilis..
  3. Pastikan cili api dan bawang merah tadi ditumbuk dengan lumat,manakala ikan bilis  tumbuk manja-manja je..Jangan terlalu lumat.
  4. Okies,ada kawan-kawan pernah tanya saya boleh ke "blend je"...Boleh tu memang boleh tapi kurang sodaklah...kalau rasa nak "blend" je,cili dan bawang oklah tapi ikan bilis sebaik-baiknya tumbuk ye :)
  5. Belimbing dah siap direbus,maka tumbuklah sama dengan bahan-bahan tadi...
  6. Dah selesai ditumbuk semua bahan-bahan tadi,gorenglah semua bahan tadi dalam minyak yang panas..(pastikan minyak jangan terlalu banyak )
  7. Masukkan sedikit kicap,garam dan gula...Perasakan :)
  8. Sesi menggoreng memang mengambil masa yang lama...dalam 2 jam gitu..agak-agak dah bertukar hitam dan kering angkatlah dari sambal hitam tadi dalam kuali.
Inilah hasil Sambal Hitam saya...


Taraa..Sambal Hitam @ Sambal dara saya


1 Jom Kongsi: